Saturday, June 13, 2009

cinta?....sayang?

Posted by | |

Comments

ada apa dengan cinta....jiwa remaja aku sering dilanda soalan ini. apakah cinta sebenarnya?. penuh dengan tanda tanya. namun bagi ku, intisari bagi cinta dalam diri ku ada dua cabang. cinta pada ilahi dan cinta pada manusia.

cinta pada ilahi.....
sememangnya, cinta inilah yang paling setia pada sang perindunya. cinta inilah yang paling mulia disisinya. dan cinta ini jugalah tidak akan dilanda musibah curiga dan berbelah bahagi kerana cinta allah itu menyeluruh. allah tidak akan pernah berat sebelah. cintanya menyeluruh kepada semua umatnya. cintanya juga akan sentiasa setia kerana allah tidak akan pernah lupa pada makhluknya, yang apabila dia menyebut 'kun', maka terjadilah kita semua sebagai makhluknya.

cinta pada manusia....
cinta pada ayah, cinta pada ibu, cinta pada kakak...juga tergolong dalam cinta pada manusia. namun, di sini saya ingin tekankan cinta pada manusia yang mungkin menjadi jodoh kita, ataupun tidak. perasaan ingin dicintai dan dicintai mustahil tidak pernah berlabuh dihati ini. kalian, jangan ditipu perasaan itu kerana perasaan itu abstrak dan ia merupakan anugerah dari ilahi. bagi aku, perasaan seperti ini perlu dibendung mengikut landas islam. jika tidak, jika tuan empunya diri mengikut godaan nafsu, maka senang sekali untuk menjerumus diri ke dalam lembah hina iaitu zina. hal ini kerana, perkara tersebut merupakan senjata utama angkatan tentera syaitan untuk menjatuhkan anak adam di muka bumi allah ini.

bagi pandangan hati yang tidak berisi sepenuhnya dengan ilmu ini, aku rasakan yang cinta sebelum berkahwin adalah sia-sia sahaja. bahkan perkara ini dapat menyebabkan virus penyakit hati akan menyerang anak adam, lebih cepat merebak daripada virus H1N1 yang giat dibendung dan ditakuti pada zaman sekarang. mungkin akan ada penawar dalam bentuk cecair bagi virus N1N1 ini, namun bagi virus penyakit hati?....penawarnya adalah sentiasa melabuhkan cinta tersebut pada allah...dambakan cinta pada manusia itu kepada cinta pada ilahi. insyaallah, akan terubat jiwa yang sedang meronta akibat virus yang sedang menular itu. begitu senang ayat ini terpancul keluar dari jari jemari aku menekan butang huruf di atas 'keyboard' ini. namun, untuk melaksananya bukan semudah itu. aku paham sahabat ku, jiwa dirimu sama seperti aku. semua remaja akan melalui masalah ini


tidak sabar rasanya untuk bercinta secara halal disisi ilahi. namun, aku perlu belajar dan membina hidup aku dahulu untuk melangkah lebih jauh. oh hatiku, lupakanlah cinta untuk insan buat seketika. tidak penting buat masa kini wahai jiwa remaja ku. penuhilah ruangmu dengan cinta ilahi...sesungguhnya, ia adalah cinta yang sejati....

12 june 2009....

Posted by | |

Comments

7.30 a.m.
pegi jogging dengan mak di tasik....sangat dekat dengan rumah tapi tak ada orang pun kat situ....macam tasik terbiar...ish3...
fuh, cantik betul ciptaan allah....pokok merimbun di tasik itu, menyebabkan segala kegusaran di hati dibuang dan lupus dibawa oleh kelajuan angin yang aku tempuhi ketika berlari....
dah lama tak ber'jogging....menternak lemak ajer kerja aku time cuti nih....
mak plak, i left her behind coz she can't run....so, i waited her at the end checkpoint...he3

5.00 p.m.
pegi chalet ayah saudara di gong balai, terengganu....jumpe dua orang sepupu saya...masih lagi bersekolah adik beradik tu....
teringat time kecik2 dlu, selalu jugak main dengan diorang. tapi bila dah besar nih, kadang2 rasa segan plak...adush....
sambil2 tuh, bawak anak saudara sekali, boleh la main2 dengan diorang...he3
kalau tengok gambar nih, my cousins yang muka cam budak pakistan tuh....yela tu..ahaks.yang dua orang lagi tu anak pekerja ayah saudara..

tengok awan tu, lawa kan?....tenangnya hati nih bila tengok laut dengan langit....hu3

8.00 p.m.
time for BBQ!...he3..ada ayam, ikan dan sotong...kenyang bangat...tapi, seksanya malam ni la.gatal abislah keseluruhan badan ni sebab makan seafood...adush!

Wednesday, June 10, 2009

semangat ku semakin hilang......

Posted by | |

Comments

semakin meningkat waktu ku di menara gading, semakin luntur pula semangat ku untuk terus cemerlang dan gemilang dalam pembelajaran.....entahlah kenapa boleh jadi begini....emmm,mungkin motivasi diri semakin kurang kot...huhhhuuuu.....

waktu ku di zaman persekolahan dahulu, tingkatan 5 adalah waktu kegemilanganku. setiap peperiksaan, markah ku akan meningkat dari semasa ke semasa. walaupun ada juga waktu di mana markah ku menurun, namun ku akan tingkatkan azam untuk lakukan yang lebih baik untuk exam seterusnya.....dalam satu tahun itu, aku memang berusaha kuat, lebih kuat dari sebelum nih.....sehinggakan aku sudah tidak ada waktu untuk bercerita tentang 'berita panas' di asramaku dan maktab kesayangan ku itu....pada waktu itu, sahabat sebilikku menjadi pembakar semangat utama....

rafiqa liyana....seorang pelajar yang bijak dan rajin....amat, teramat rajin. buku menjadi peneman hidupnya. para guru menjadi rujukannya yang setia. pada awal kedatanganku di mrsm pada pertengahan tingkatan 4, aku langsung tidak ada semangat untuk belajar kerana 'homesick'. selama ini, aku duduk di rumah, belum pernah berdikari dan selalu mengikut kehendak sahaja apabila ingin buat sesuatu, terutamanya belajar. namun, apabila melangkah ke sekolah asrama, terpaksa mengikut jadual harian yang sangat padat. aku menjadi tension ketika itu. maka, pada waktu tingkatan 4, keputusan peperiksaan aku hancur dan luluh. apabila menjelang tingkatan 5, semangat untuk belajar menjadi berbuak-buak. entah dari mana datangnya semangat itu. bila aku renung sekarang, rupa-rupanya fiqa lah yang menyebabkan semangat ku menggunung. masih ku ingat lagi, pada ketika itu, aku selalu tidak puas hati apabila mendapat tahu roomateku itu selalu mendapat keputusan yang cemerlang....memang tidak dinafikan, usahanya amat kuat dan konsisten. dalam hati aku selalu sahaja untuk 'compete' dengannya. compete secara sihat.....bayangkan, dalam 1 tahun itu, aku belajar subjek tingkatan 4 dan 5 sekaligus, kerana aku ber'honeymoon' ketika tingkatan 4 dulu....padan dengan muka sendiri......fiqa, orangnya berkulit hitam manis dan sangat menghormati orang tua. selain itu, seorang anak yang baik. dia lah role model bagiku...

apabila selesai tingkatan 5, aku mendapat tawaran untuk membuat persediaan kejuruteraan di utm skudai...alhamdulillah....namun, aku sedikit terkilan kerana fiqa tidak dapat bersama aku untuk teruskan perjuangan mencari ilmu...aku semakin hari, semakin layu dalam pembelajaran.....entah kenapa.....mungkin diriku ini sudah jauh dengan allah...mungkin.....apa yang aku rasa yang menyebabkan aku jadi begini adalah hilangnya role model di depan mataku....selain itu, dunia universiti sudah tidak ada jadualnya, semuanya perlu diurus sendiri waktunya....mungkin juga kerana kebebasan hidup di universiti menyebabkan aku semakin lalai untuk mentelaah....aduh, semua masalahnya berpunca dari ku sendiri...lalai dan malas untuk belajar.....

tiada gunanya untuk mengenang kembali masa yang sudah lepas.....biarkan yang sudah lepas sebagai sejarah....aku perlu hidup di waktu yang realiti ini....jikalau aku terus mengenang hal yang berlalu, aku akan semakin jatuh dan tiada peluang untuk bangkit kembali......

ku berazam selepas ini, untuk mengembalikan zaman kegemilangan aku...ingin mendekatkan diri dengan allah kembali....mungkin semua ini ujian allah atau rahmat dari allah...untuk aku sedar dan agar aku sentiasa mencarinya dikala aku kesusahan dan kesenangan....

ya allah,
bantulah hamba mu ini,
yang dalam keruntuhan semangat,
yang di dalam dilemma hidup,
yang sentiasa dalam belenggu kegusaran,

ya rabbi,
tenanglah jiwa ku setenang air sungai di jannah mu,
bersihlah hati ku sebersih cahaya nur dan hidayah mu,

ya rahman,
berkahilah segala ilmu di dada ini,
segala perbuatan ku terhadap makhlukmu,
segala kata-kata ku pada yang mendengar,

ya aziz,
coraklah daku menjadi wanita yang solehah ya rabbi,
semoga dapat ku merasai kemanisan iman,
agar ku bahagia di dunia dan akhirat,

ya rahim,
aku rindukan firdausi mu,
aku rindukan belaian kasih sayang mu,
semoga aku terus berada di jalan mu,
semoga aku terus dibawah lembayung rahmat mu.....

Tuesday, June 2, 2009

Posted by | |

Comments

Hanya modal minyak masak

Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my



DENGAN bermodalkan minyak masak, Metanol (CH3OH), Natrium Hidroksida (NaOH) dan air, biodiesel dapat dihasilkan bagi kegunaan bahan bakar.

Mungkin ramai menganggap idea itu mustahil dan pelik tetapi ia adalah realiti bagi pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Hakikatnya, mereka membuktikannya biodiesel yang dihasilkan merentasi sempadan negara menerusi Ekspedisi Biodiesel 2009 UTM Skudai ke Universiti Prince of Songkla (PSU) Surat Thani, Thailand, baru-baru ini.

Bermula dengan pencarian di internet, pelajar-pelajar yang diketuai Azad Anugerah Ali Rasol selaku pengarah program menggunakan sepenuhnya pengetahuan yang mereka bagi menghasilkan minyak biodiesel.

Menurut Azad, sepanjang proses menghasilkan biodiesel, mereka hanya menggunakan sumber dari internet dan penyeliaan pensyarah.

"Mulanya kami menganggap proses penghasilan biodiesel ini rumit dan memerlukan pelbagai jenis bahan.

"Bagaimanapun, sangkaan itu meleset kerana kerana dengan hanya sekali percubaan, biodiesel kami berjaya menggerakkan sebuah van," katanya.

Justeru, mereka merancang menghasilkan 20 peratus biodiesel untuk digunakan ekspedisi itu.

Azad berkata, ekspedisi itu bertujuan mempromosi penggunaan biodiesel sebagai bahan bakar dan ia disertai 50 mahasiswa serta kakitangan UTM dengan membabitkan tujuh kenderaan.

Program anjuran Jawatankuasa Mahasiswa (JKM) Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) itu membabitkan perjalanan 1,450 kilometer (km).

"Eksepedisi itu tanda sokongan kepada hasrat kerajaan menggunakan lima peratus biodiesel sebagai alternatif bahan api kepada kenderaan awam.

"Biodiesel adalah bahan bakar berasaskan sumber alam yang dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan menjadikan hayat enjin lebih panjang.

"Ekspedisi ini mahu mempromosikan penggunaan biodiesel bagi membuktikan ia boleh dilaksanakan tanpa masalah di negara ini," katanya.

Program selama empat hari yang turut disertai oleh lapan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu turut memberi pendedahan dan peluang menimba pengalaman di luar bilik kuliah.

Bagi perjalanan dari Skudai ke Hatyai sejauh 967 km, bas hanya menggunakan 20 peratus biodiesel.

"Di Hatyai, penggunaan biodiesel ditingkatkan kepada 100 peratus bagi meneruskan baki perjalanan sejauh 483 km ke Surat Thani.

"Sepanjang perjalanan, kami merentasi tujuh wilayah iaitu Padang Besar, Sadao, Hatyai, Phattalung, Trang, Huai Yot, Tuang dan Tuang Song," katanya.

Menurutnya, pemilihan Surat Thani sebagai lokasi menguji penggunaan biodiesel kerana wilayah itu paling banyakmenghasilkan tanaman kelapa sawit.

"Ia juga penghormatan kepada lima pelajar UTM yang akan mengikuti latihan praktikal di industri pemprosesan agro, termasuklah kilang sawit di Surat Thani," katanya.

Sementara itu, Azad selaku pengarah program berharap ilmu yang diperolehi sepanjang ekspedisi akan membantu mereka mempelajari bagaimana menghasilkan biodiesel dalam kuantiti yang banyak.

"Impian jangka panjang ialah membina loji pemprosesan biodiesel bagi menghasilkan biodiesel dengan skala yang besar untuk kegunaan kenderaan rasmi UTM," katanya.


ni lah artikel mengenai biodiesel expidition 09 yang ditulis oleh seorang wartawan harian metro....hu3.....bestnye time tuh.....rindu kat korang semua....aser nk rewind back the time and back to the expidition day again...lolz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...