Sunday, May 29, 2011

Cintaku, allah

Posted by | |

Comments


satu detik itu
aku dalam kebingungan
apa aku ini masih hidup?
jasadku masih mengalir darah, deras
jantungku berdengup tanpa tahu erti berhenti

 

tetapi apa hatiku masih hidup?
ya, tubuhku lengkap segala organ badan yang allah kurnia
namun apa hatiku masih hidup?

 

hatiku dahagakan cinta
ya, cinta. cinta rabbi ku
tiada apa yang aku perlu selain rabbi ku
cukup bagiku allah.

 

namun terasa tidak ada cinta dari sang penciptaku
tatkala ku rasa kemanisan beribadah kepadamu semakin lenyap
apa aku buat engkau murka wahai cintaku ya rabbi?

 

sukar benar
sukar untuk mencapai kemuncak itu
banyak aku perlu perbaiki diri
supaya aku sentiasa denganmu, allahhu ya rabbi

Saturday, May 28, 2011

Mungkin takkan ada cintaku di dunia

Posted by | |

Comments

~~~yup, maybe~~~~

Bukan aku tidak percaya pada qada' dan qadar allah swt. tapi soal cinta dan jodoh itu di tangan allah bukan? Boleh jadi cepat, lambat, ada di dunia, atau mungkin baru jumpa di akhirat kelak. Who knows??

Sehingga aku berumur 20 sekarang ni, aku tak pernah lagi jumpa cinta yang tulus ikhlas kerana sayang dan cinta. Even between my parents and between my siblings…cinta yang ikhlas itu hanya wujud kalau bercinta kerana allah kan?

Tapi, payah nak jumpa kan?. Kalau ada pun, tak semestinye dua2 menyayangi secara ikhlas. Dan ada yang hanya bertepuk sebelah tangan macam aku. Sekarang, aku juz nak redha pada allah dengan dugaan dan cabaran yang dihamparkan untuk aku sekarang.

I've been living for 20 years through thick and torn. Kalaulah aku bercerita keseluruhan tentang hidup aku, mungkin ada yang akan tidak percaya. Kerana daripada luaran orang akan ingat aku bahagia. Tap hakikat, aku tidak. Nama aku farah, yang bermaksud 'gembira' @ 'kegembiraan'. Itulah yang aku tunjuk di luaran pada orang terdekat aku. Muka aku senyum jer, happy jer. Tak pun, biasa2 jer. Kalau nak senyum selalu, kang orang kate sewel pulak budak ni, ha3. Tapi dalam hati ade kekosongan. Kekosongan jiwa daripada….banyak!...susah nak cakap…dalam fikiran ada masalah.masalah yang boleh diselesaikan kelak tiada masalah. Tetapi yang selalu menghantui aku adalah masalah2 yang sudah lama dan tak mungkin boleh diselesaikan. Masalah keluarga. Masalah diri sendiri.

Syukurlah pada allah swt. kerana dalam sepanjang hidup aku, aku terase sangat2 yang aku bergantung hanya pada dia. Sebab die yang benar2 faham pasal aku. Faham mengenai masalah aku, faham mengenai kehendak aku. Tapi aku bukan hamba die yang baik. Selalu jugak melanggar arahan die. Selalu buat allah murka. Selalu kurang syukur dengan nikmat die beri. Selalu lalai dalam kesenangan dunia yang kecil ini. Kenape???. Ya allah, ampunkan aku. Maafkan aku kerana hidup aku daripada kecil sudah diasuh dengan cara begini. Aku bukan daripada baitul islam. Tak perlu aku bercerita perihal ahli keluarga aku. Nanti akan menimbul aib pula. Namun aku cuba untuk menjalani kehidupan aku dengan cara sendiri. Cara yang lebih baik dan sihat. Cara yang lebih diredhai allah swt. tapi masih tidak secara 100% berubah. Aku perlukan masa. Masa untuk berubah sedikit demi sedikit. Sangat payah bila hanya dilakukan seorang diri. Aku perlukan seseorang untuk mendorong aku setiap hari agar aku tak terbabas dan lalai. Itu sahaja.

Satu perkara yang aku tak dapat lepaskan sekarang adalah seni muzik. Ya,aku suke menyanyi. Aku suka alat muzik even aku tak reti main pun. Suara aku biasa2 sahaja tapi minat itu ada. Berdosa kan seorang wanita yang melunakkan suara di khalayak ramai???. I know. But that is how I grew up. With music. Dulu waktu sebelum skolah tadika, dalam bilik mak aku ada cd player. Die bese pegi keje siang hari. Aku duduk rumah dengan nenek. Bile boring, aku pasang cd player tu. Dalam tu dah ade cd, just tekan play jer. Suke sangat dengar lagu. Dari kecik lagi. Dan suke jugak menyanyi. Its been a part of my life. I cannot live without music. Suke sangat pergi karaoke dengan kawan2. Aku bukan nak mengatakan aku menolak larangan allah. Cuma aku perlu masa untuk berubah. Sedikit demi sedikit. Aku akan cuba. Cuba untuk menghadkan kelunakkan suara aku daripada didengar oleh orang yang haram mendengar. Tapi mustahil untuk dilakukan sekarang. Seperti yang dikata, sedikit demi sedikit aku cuba kurangkan. Itu lebih baik daripada mendadak. Bukan kah begitu??


 

Haishh, malam ni aku merepek merewang lagi….sorry guys. Korang mungkin takkan faham ape yang aku cakap ni. Ini mungkin juz luahan hati. Hati aku dah tak boleh tahan lagi kut. Tak de orang yang aku boleh meluahkan masalah face-to-face sekarang. Blog ni jugaklah yang jadi mangsa,kan?ha3…naseb baek blog ni tak de perasaan. Tapi koranglah yang teraniaya sebaba kene baca repekkan aku ni, hi3^^…

Im try to live with a happy heart <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...