Monday, May 17, 2010

farah kata tak nak!

Posted by | |




Mami, farah tak nak balik mrsm…senior-senior tak best…cikgu warden garang…tak suka…” merenggek budak 16 tahun ketika itu. Bila balik selesai cuti sekolah,begitulah keadaan ku. Kadang-kadang, memberontak tak nak makan dan marah-marah bila hanya tinggal 2 hari sebelum aku perlu masuk kembali ke dalam ‘kandang manusia’ tersebut.

Namun tanpa lelah ibuku memujukku supaya pergi balik ke mrsm,”farah, sabar la yer…nanti hujung minggu mami datang melawat farah. Sayang nak makan apa, mami siapkan. Janganlah sedih. Sekejap je duduk kat situ. 1 tahun je lagi. Sabar ye sayang”.

“tak nak!!!...tak nak pergi!..” kataku sambil teresak menangis. Bila dikenang balik, sungguh kebudak-budakkan diri ini. Walaupun perangaiku ketika itu sangat ‘childish’, tetapi dengan penuh sabar ibuku melayan karenahku. Sungguh, ibuku adalah malaikat bertopengkan manusia yang paling aku sayang!...

Pada waktu tingkatan 3, tanpa jemu aku berdoa untuk mendapat tempat di mrsm, kononnya ingin belajar berdikari. Namun, bila jejakkan kaki ke dalam dorm Siti Maisarah, hatiku sudah mula bergelora, ingin menitiskan air mata!. Namun, ku tahan mutiara ini keluar dari kolamnya kerana tidak mahu mengguris hati ibuku yang penat lelah menguruskan kemasukkan anak bongsunya ke mrsm.

Selepas 1 minggu, diriku sudah tidak dapat menahan keadaan disitu. Dengan perangai senior yang agak menjengkelkan, warden (naik 2007, tukar nama jadi felo) cikgu Fit yang garang, tiada kawan lama yang mengenaliku disitu (namun, budak dorm siti maisarah semua ramah mesra dan baik,terima masih kawan2ku!) dan terpaksa mengikut jadual harian! Aku sebelum ini tidak pernah ada jadual harian. Bila untuk mentelaah, tidur, berseronokan semuanya aku lakukan bila aku ingin lakukan. Sangat tertekan ketika itu.

Selesai sahaja prep malam yang ketujuh, ku capai telefon bimbit(bawa secara haram,jangan diikut perangai ini…he3) dan menelefon ibuku. Bila kedengaran suara ibuku menyambut panggilanku, mulut ini seakan-akan terkunci! Namun air mata yang keluar tanpa ada halangan. Dan kedengaran pula esakan tangisanku. Ibu sudah cemas keadaanku seperti itu. Maafkan farah kerana membuat mami bimbang sangat pada saat itu (anak bongsu yang tidak pernah berjauhan dengan mak,macam ini la jadinya…)

Keesokan paginya, namaku dipanggil oleh kaunselor. Kenapa? Apa yang aku sudah lakukan?. Bila masuk sahaja pintu bilik kaunselor, ada satu susuk badan yang sangat dikenali sedang duduk di atas sofa bilik kaunselor. “mami datang!...kenapa mami datang?”

Ibuku berkata “ semalam farah menangis tak sudah. Mami bimbang, jadi mami datanglah pagi ni ke sekolah farah. Kenapa semalam?”. Kataku “farah rindu mami, nini(kucing) dan rumah. Disini tak boleh tengok tv, kena belajar je…farah tak boleh la macam ni…”

Tiba-tiba kak Mas (kaunselor) hulurkan satu kertas dan pen hitam “ cuba farah senaraikan kebaikan dan keburukan bersekolah disini”

Dengan tekun aku menulis. Semua yang aku rasa baik dan buruk disini kutuliskan.

Kak Mas “jadi sekarang, ape komen Farah tentang apa yang farah tulis? Yang mana lebih? Baik atau buruk? Farah imbaskanlah kembali sebab apa Farah datang ke sini.”

Ibuku pula berbicara “Farah, mami harap Farah sabar ye. Dah dapat tempat disini, hargailah peluang ni. Mami faham dengan keadaan kesihatan Farah yang kurang baik, tapi mami harap Farah tabah dan jangan lupa makan ubat ye. Risau mami kalau farah tak ambik ubat. Belajar betul-betul. Ada apa-apa masalah bagitahu mami ataupun kak Mas”

“Farah, kak Mas sentiasa ada dalam bilik ni bila farah perlukan kak Mas.kalau waktu lepas kerja, kak Mas ada di rumah belakang dorm farah tu. Jangan sedih lagi dan cubalah sesuaikan diri.”

Terbukti bukti kasih sayang seorang ibu dan kewibawaan seorang guru terhadap amanahnya. Ku akur dengan keadaan disitu. Ku cuba tabahkan diri.

Jika tiada pujukan daripada ibuku untuk ku terus sabar di waktu itu, bayang diriku pun mungkin tidak akan sampai ke UTM Skudai. Jika tiada bimbingan dari kaunselorku, tidak akan ku maju lagi dalam akademikku.

Alhamdulillah, berkat dari Allah, doa seorang ibu dan para guru, ku dapat merasai nikmat berada di mrsmkt selepas mendidik diri menerima kepahitan disitu. Biar bersusah dahulu, jangan bersusah kemudian!....syukur, segala puji bagiMu ya Allah.

Apabila keputusan peperiksaan percubaan SPM dikeluarkan, aku gerakkan diriku untuk berjalan kearah bilik kaunselor. Kelihatan kak Mas di meja biliknya. Kuketuk pintu dan bagi salam.

Kak Mas “ Farah, sudah lama tak datang jumpa kak Mas. Apa kabar?”

“Farah baik jer…bukan tak nak datang. Kadang-kadang terasa segan pulak…”ujarku sambil gelak kecil

Kemudian agak panjang perbualan kami mengenai perihal kahwinnya, sambung belajarnya dan macam-macam lagi. Kemudian, ku nyatakan isi hatiku sebab apa datang ke biliknya diwaktu pagi itu

“kak Mas, Farah nak minta borang yang sambung belajar ke UTM tu. Farah nak mohon doktor di UniKl ataupun Russia tapi tak layak. Tersangkut pulak dengan subjek Chemistry” ujarku dengan muka yang agak kecewa.

“Farah,syukurlah Farah boleh memohon sambung belajar ke UTM. Bukan semua orang dapat peluang ni. Kalaulah awak berkeras untuk keluar dari mrsmkt ni 1 tahun setengah dahulu(saya masuk lambat, bulan Jun baru daftarkan diri), awak memang tak dapat peluang ni”

Tergamam seketika. Memang betul lagi sahih apa yang dikatakan. Ya Allah, bertapa kurangnya hambaMu ini bersyukur!.

Disini ingin saya ucapkan SELAMAT HARI IBU dan SELAMAT HARI GURU….walaupun hari ibu sudah berlalu, setiap hari bagiku adalah hari ibu. Tidak mungkin dapat kuberikan sesuatu kepada ibu yang setanding dengan jasa dan pengorbanannya….^_^

Buat para guru dan pensyarah, jasamu amat, amat, dan amat daku hargai…tanpa kalian, siapakah saya pada hari ini…

Kudoakan kesejahteraan buat ibu dan para tenaga pengajarku…semoga Allah dapat membalas jasa kalian yang sungguh tiada bandingnya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...