Saturday, June 13, 2009

cinta?....sayang?

Posted by | |

ada apa dengan cinta....jiwa remaja aku sering dilanda soalan ini. apakah cinta sebenarnya?. penuh dengan tanda tanya. namun bagi ku, intisari bagi cinta dalam diri ku ada dua cabang. cinta pada ilahi dan cinta pada manusia.

cinta pada ilahi.....
sememangnya, cinta inilah yang paling setia pada sang perindunya. cinta inilah yang paling mulia disisinya. dan cinta ini jugalah tidak akan dilanda musibah curiga dan berbelah bahagi kerana cinta allah itu menyeluruh. allah tidak akan pernah berat sebelah. cintanya menyeluruh kepada semua umatnya. cintanya juga akan sentiasa setia kerana allah tidak akan pernah lupa pada makhluknya, yang apabila dia menyebut 'kun', maka terjadilah kita semua sebagai makhluknya.

cinta pada manusia....
cinta pada ayah, cinta pada ibu, cinta pada kakak...juga tergolong dalam cinta pada manusia. namun, di sini saya ingin tekankan cinta pada manusia yang mungkin menjadi jodoh kita, ataupun tidak. perasaan ingin dicintai dan dicintai mustahil tidak pernah berlabuh dihati ini. kalian, jangan ditipu perasaan itu kerana perasaan itu abstrak dan ia merupakan anugerah dari ilahi. bagi aku, perasaan seperti ini perlu dibendung mengikut landas islam. jika tidak, jika tuan empunya diri mengikut godaan nafsu, maka senang sekali untuk menjerumus diri ke dalam lembah hina iaitu zina. hal ini kerana, perkara tersebut merupakan senjata utama angkatan tentera syaitan untuk menjatuhkan anak adam di muka bumi allah ini.

bagi pandangan hati yang tidak berisi sepenuhnya dengan ilmu ini, aku rasakan yang cinta sebelum berkahwin adalah sia-sia sahaja. bahkan perkara ini dapat menyebabkan virus penyakit hati akan menyerang anak adam, lebih cepat merebak daripada virus H1N1 yang giat dibendung dan ditakuti pada zaman sekarang. mungkin akan ada penawar dalam bentuk cecair bagi virus N1N1 ini, namun bagi virus penyakit hati?....penawarnya adalah sentiasa melabuhkan cinta tersebut pada allah...dambakan cinta pada manusia itu kepada cinta pada ilahi. insyaallah, akan terubat jiwa yang sedang meronta akibat virus yang sedang menular itu. begitu senang ayat ini terpancul keluar dari jari jemari aku menekan butang huruf di atas 'keyboard' ini. namun, untuk melaksananya bukan semudah itu. aku paham sahabat ku, jiwa dirimu sama seperti aku. semua remaja akan melalui masalah ini


tidak sabar rasanya untuk bercinta secara halal disisi ilahi. namun, aku perlu belajar dan membina hidup aku dahulu untuk melangkah lebih jauh. oh hatiku, lupakanlah cinta untuk insan buat seketika. tidak penting buat masa kini wahai jiwa remaja ku. penuhilah ruangmu dengan cinta ilahi...sesungguhnya, ia adalah cinta yang sejati....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...